Tuesday, June 2, 2009

Kat mana kawan-kawan lama aku?

Pagi semalam aku call abang Supangat yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Tapi tak boleh sembang lama sebab abang Pangat tengah meeting. Petang semalam pulak, aku menerima satu panggilan telefon. Rupa-rupanya dari kawan sekuliah yang juga senior aku kat UPM tapi satu kursus dengan aku. Abang Zulkamal atau lebih dikenali sebagai Benji yang call. Dia bertugas di Universiti Malaysia Terengganu sekarang ni. Katanya dia ada di Putrajaya masa dia call aku. Bersama-samanya adalah sorang lagi kawan sekursus aku, Burhanuddin atau lebih dikenali sebagai Bob. Tak sangka pulak Bob punya ofis tak jauh daripada rumah aku. Katanya dia kerja kat satu pejabat di depan Jusco Taman Equine. Mungkin lain ketika aku dapat jumpa dia. Semalam tak dapat jumpa mereka (Abang Benji dan Bob) sebab isteri aku ada hal nak ke Seri Kembangan, so kena pergi sanalah.

Masa aku pergi memantau sekolah-sekolah di Sabah awal Mei tempoh hari, dapatlah aku contact beberapa kawan-kawan lama. Itu pun setelah aku dapatkan nombor telefon Kak Josephine atau Jaws dari abang Benji. Tapi tak sempat jumpa dia, cuma berbual melalui telefon. Aku juga dapat nombor kawan-kawan yang dari dari akak Jaws, dapatlah trace lagi dua orang rakan lama, Bianus yang kini bertugas di Jabatan Laut Kuching dan Maurice yang bertugas di Jabatan Laut Sandakan.  Dapatlah jugak aku berbual dengan mereka berdua. Jaws juga bagitahu aku yang dia terdengar bahawa rakan kami Supirman bertugas di sebuah sekolah di Lahad Datu. Jadi aku pun tanyalah pegawai pelajaran Lahad Datu, Tn. Hj. Suharpi berkenaan Supirman, Alhamdulillah, dia kenal. Jadi dia pun bantulah aku dapatkan no. telefon Supirman. Bila aku call Supirman, rupa-rupanya dia sekarang bertugas di Tawau tak jauh dari airport Tawau. Bianus pula bagi kepada aku no. telefon Marzuki yang kini berada di Sibu tapi aku belum berkesempatan berbual dengannya.

Disember tahun lepas pulak aku jumpa Asmawi atau Mawi di Port Dickson. Tahun lepas jugak aku sempat berbual dengan abang Fakhruddin atau Cendoi di Johor, Abang Yusnan dan isterinya Kak Rahayu atau Ayu di Port Kelang. Idham atau Mat Damme, Dr. Razak atau Ajaq, Dr. Hing Lee Siang kat UMT, termasuklah Ahmad Sufian Idris atau Piyan ada kat sana. 

Baru-baru ini Abang Tarmizi atau Miji ada call aku. Dia dah hadir temuduga untuk biasiswa Ph.D dari Kementerian Pelajaran.

Kat mana lagi kawan-kawan aku? 

No comments:

Post a Comment