Friday, December 3, 2010

Mesyuarat Penilaian Pruf Muka Surat 100% Pakej Buku Teks KBSR Tahun 4

Dah seminggu aku di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, mengikuti mesyuarat penilaian pruf muka surat 100% Pakej Buku Teks KBSR Tahun 4 untuk matapelajaran Sains.  Bersama dengan 6 orang penilai yang lain, kami telah menilai buku teks yang telah diterjemahkan dari buku teks Sains Tahun 4 PPSMI.

Tuesday, February 2, 2010

Alang Sendayu punya cerita.....

Alhamdulillah....dah lama tak update....hari ni dapat update blog nih.....nak tulislah sikit fasal lawatan ke alang sendayu....kat jalan gombak nun......pada hari Sabtu lepas (hari Taipusam) sambil bawa anak mandi sungai...sambil mencari lokasi mesyuarat yang akan saya ikuti minggu lepas......entah macam mana....boleh terlajak sampai ke Genting Sempah....apa hal?

Last-last jumpa jugak lepas buat u-turn kat kawasan Genting Sempah.....terima kasih Cg Jinggo sebab benarkan kami lepak kat kawasan kem Cg......

Anak-anak suka sangat mandi kat kawasan bawah jambatan Alang Manja tu....cuma kerana sikap tak bertanggungjawab orang-orang yang mandi kat kawasan lebih ke hulu di sungai itu.......anak2 saya mandi air yang dicemari 'lampin pakai buang' yang hanyut dari kawasan di hulu sungai tu......terus terbantut nak mandi manda...nasib baik dah lepas makan........

Salah siapakah ini? nampaknya tahap kesedaran alam sekitar masih rendah di kalangan sebahagian warga kita.....walaupun banyak kempen dijalankan....walaupun banyak program dibuat.......tapi hasilnya belum memuaskan....dan ini akan terus menjadi cabaran bagi kita.....sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam usaha mendidik warga Malaysia berkenaan kesedaran alam sekitar.....

Apa pun....terima kasih Cg Jinggo......

Monday, June 22, 2009

Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) Untuk Fasilitator

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku melaksanakan amanah yang diberikan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Terengganu dan Jabatan Pelajaran Terengganu berkaitan kem kesedaran alam sekitar untuk fasilitator sebagaimana yang aku war-warkan sebelum ini. Kem tersebut dijalankan pada 19 Jun hingga 21 Jun 2009 bertempat di Dara Inn, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu yang terletak tidak jauh dari airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Bersama rakan setugas, En. Ahmad Salihin, aku mengendalikan kem dan ia boleh dikatakan berjaya mencapai objektif pelaksanaannya. TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat.

Saturday, June 13, 2009

Modul Pendidikan Alam Marin

Hujung minggu depan aku ada program Kem Alam Sekitar di Terengganu. Kem kali ini berkaitan ekosistem marin yang melibatkan penyertaan dari guru-guru dari negeri Terengganu. Aku dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Terengganu untuk jadi fasilitator atau jurulatih untuk kem tersebut.

Sekarang ni aku sedang menghasilkan modul pendidikan alam marin untuk aku gunakan semasa kem tersebut. Aku nak gunakan konsep aktiviti berasaskan permainan, lembaran kerja dan hands-on memandangkan peserta-peserta kem itu nanti akan jadi fasilitator kem kesedaran alam sekitar. Jadi kenalah bagi idea-idea untuk mereka jalankan aktiviti untuk pelajar-pelajar di Terengganu.

Kenalah aku layari internet dan buka buku-buku rujukan berkaitan agar aku dapat hasilkan modul pendidikan alam marin yang sesuai dan boleh digunakan nanti.

Friday, June 5, 2009

Ekspedisi Oseanografi Laut China Selatan 1995




Seperti yang aku nyatakan dalam tulisan aku sebelum ini, aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam Sains Samudera, bersama-sama rakan-rakan dari Sains Perikanan Marin telah mengikuti satu ekspedisi oseanografi di Laut China Selatan menggunakan kapal penyelidikan Unipertama V.

Ekspedisi ini merupakan satu latihan praktikal atau 'hands-on activities' bagi kami yang mengambil jurusan Sains Samudera dan Sains Perikanan Marin melalui kursus Kaedah dan Instrumentasi Samudera. Sesungguhnya ekspedisi yang dijalankan pada 16 hingga 18 Ogos 1995 ini memberikan pengalaman yang amat bernilai sekali.

Ekspedisi bermula dari jeti Pangkalan Bekalan Kemaman di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman dan berakhir di Jeti Perikanan Chendering, Kuala Terengganu. Kami dimestikan mengambil sampel untuk kajian kimia, biologi, fizikal dan geologi oseanografi menggunakan peralatan-peralatan penyelidikan oseanografi. Penyampelan pertama dilakukan di lokasi 20 batu nautika ke arah laut dari Teluk Kalong diikuti penyampelan-penyampelan seterusnya di lokasi setiap 20 batu nautika dari lokasi penyampelan pertama. Stesen-stesen penyampelan juga ditetapkan berada pada 20 batu nautika dari pantai Terengganu.

Kami menjalankan penyampelan pada waktu siang dan malam yang melibatkan antaranya penyampelan sampel air laut dan ciri-ciri fizikalnya, penyampelan plankton, penyampelan data arus air, penyampelan bentos, penyampelan sedimen dasar dan beberapa aktiviti yang lain termasuklah menggunakan pukat tunda dan mencandat sotong.

Sesungguhnya pengalaman melihat matahari naik dari horizon dan melihat matahari jatuh pada waktu petang dari atas Unipertama V juga tidak dapat dilupakan.

Kawan-kawan, ada komen atau nak tambah cerita pengalaman kita ni? Dialu-alukan kawan-kawan memberi komen.

Tuesday, June 2, 2009

Kat mana kawan-kawan lama aku?

Pagi semalam aku call abang Supangat yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Tapi tak boleh sembang lama sebab abang Pangat tengah meeting. Petang semalam pulak, aku menerima satu panggilan telefon. Rupa-rupanya dari kawan sekuliah yang juga senior aku kat UPM tapi satu kursus dengan aku. Abang Zulkamal atau lebih dikenali sebagai Benji yang call. Dia bertugas di Universiti Malaysia Terengganu sekarang ni. Katanya dia ada di Putrajaya masa dia call aku. Bersama-samanya adalah sorang lagi kawan sekursus aku, Burhanuddin atau lebih dikenali sebagai Bob. Tak sangka pulak Bob punya ofis tak jauh daripada rumah aku. Katanya dia kerja kat satu pejabat di depan Jusco Taman Equine. Mungkin lain ketika aku dapat jumpa dia. Semalam tak dapat jumpa mereka (Abang Benji dan Bob) sebab isteri aku ada hal nak ke Seri Kembangan, so kena pergi sanalah.

Masa aku pergi memantau sekolah-sekolah di Sabah awal Mei tempoh hari, dapatlah aku contact beberapa kawan-kawan lama. Itu pun setelah aku dapatkan nombor telefon Kak Josephine atau Jaws dari abang Benji. Tapi tak sempat jumpa dia, cuma berbual melalui telefon. Aku juga dapat nombor kawan-kawan yang dari dari akak Jaws, dapatlah trace lagi dua orang rakan lama, Bianus yang kini bertugas di Jabatan Laut Kuching dan Maurice yang bertugas di Jabatan Laut Sandakan.  Dapatlah jugak aku berbual dengan mereka berdua. Jaws juga bagitahu aku yang dia terdengar bahawa rakan kami Supirman bertugas di sebuah sekolah di Lahad Datu. Jadi aku pun tanyalah pegawai pelajaran Lahad Datu, Tn. Hj. Suharpi berkenaan Supirman, Alhamdulillah, dia kenal. Jadi dia pun bantulah aku dapatkan no. telefon Supirman. Bila aku call Supirman, rupa-rupanya dia sekarang bertugas di Tawau tak jauh dari airport Tawau. Bianus pula bagi kepada aku no. telefon Marzuki yang kini berada di Sibu tapi aku belum berkesempatan berbual dengannya.

Disember tahun lepas pulak aku jumpa Asmawi atau Mawi di Port Dickson. Tahun lepas jugak aku sempat berbual dengan abang Fakhruddin atau Cendoi di Johor, Abang Yusnan dan isterinya Kak Rahayu atau Ayu di Port Kelang. Idham atau Mat Damme, Dr. Razak atau Ajaq, Dr. Hing Lee Siang kat UMT, termasuklah Ahmad Sufian Idris atau Piyan ada kat sana. 

Baru-baru ini Abang Tarmizi atau Miji ada call aku. Dia dah hadir temuduga untuk biasiswa Ph.D dari Kementerian Pelajaran.

Kat mana lagi kawan-kawan aku?