Sunday, May 31, 2009

'Unipertama V' dalam ingatan

Gambar di atas aku ambil sekitar tahun 1995 dulu di perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Kapal penyelidikan milik UPM ini (sekarang tidak lagi) adalah kapal penyelidikan yang digunakan oleh pelajar-pelajar UPM terutamanya yang mengikuti pengajian Diploma Perikanan, Bacelor Sains Perikanan dan Bacelor Sains (Sains Samudera). Aku berpeluang menaiki kapal penyelidikan ini semasa aku di UPM Terengganu dulu. Pengalaman yang aku terima semasa berada di atas kapal ini tidak mungkin aku lupakan terutamanya semasa aku dan rakan-rakan sekampus menjalankan penyelidikan di Laut China Selatan bermula di Pusat Bekalan Kemaman dan berakhir di jeti Perikanan Chendering, Kuala Terengganu.  Penyelidikan ini dijalankan pada tahun 1995 ketika aku mengambil subjek Kaedah dan Instrumentasi Samudera.

Aku telah menyatakan pengalaman tersebut di http://www.mcsuk.org/jubilee/sea_and_me_memories.php?pageNum_Recordset1=5&totalRows_Recordset1=70 

Berikut ialah spesifikasi kapal tersebut yang aku perolehi dari laman web http://www.researchvessels.org/country/Malaysia/unipertama.htm

Unipertama V Vessel Data


Vessel and Contact Information
Unipertama V (Malaysia)
Call Sign: 
US NODC Code: 
Owner: Universiti Pertanian Malaysia 
Operator: Faculty of Fisheries And Marine Science 
Contact: Prof. Capt. Dr. Mohd Ibrahim Mohamad 
Selangor 43400 Malaysia
Telephone No.: 03 9486101 
Cable address: 
Telefax No.: 9482697 
Email: 
Year built: 78
Main vessel activity
Oceanography Fisheries
Ocean area where vessel operates: Malacca Strait; South China Sea
Main dimensions
Length OA: 50.50m
Breadth: 8.70m
Freeboard to working deck: 0.0m
Max. draft:
Capacities and working spaces
Gross tonnage: 477GRT
Dry cargo holds: 0m3
Fuel: 252m3
Fresh water: 43m3
Wet laboratories (total area): 0m2
Dry laboratories (total area): 0m2
Fresh water generator capacity: 0m3
Free working deck area: 0m2
Space for container laboratory: 0m x 0m
Range, speed and endurance
Range: 14000n. mi.
Cruising speed: 11.3kts.
Max. speed: 0.0kts.
Endurance: 60days
Accommodation
Officers: 7
Other crew: 16
Scientists: 34
Airconditioned: yes
Design Particulars
Hull materials: 
Steel 
Energy sources
Main engine(s): number: 1 make: Diesel model: 
Power (BHP) each main engine: 1400at 750rpm
Diameter and max. rpm propeller: 0.000m 0rpm
Total power auxiliary diesels: 0HP
Electrical systems
AC Voltage: 0 / 445V, total 350kVA, 0phase, 0Hz
AC Voltage: / 0V, total 0kVA, 0phase, 0Hz
DC Voltage: 0V, total 0V
Stabilized system for scientific equipment: 0VAC 0AMP 0Hz
Fixed equipment
Navigation and communication
Nav. equip: Radar Loran SatNav Gyro 
Comms: Fax 
Comm sat: 
GPS: 
Acoustic
Echosounders for scientific research: 0kHz
Sonar: Fish 
Provisions for silent ship operation: 
Oceanographic
Oceanographic winches: number: 1
Steel wire length: 200m, safe working load: 0tons
Conducting cable length: 0m, safe working load: 0tons
Other, specify: length: 0m safe working load: 0tons
Winch for bottom sampling, wire length: 0m, safe working load: 0tons
Gantry
Position: Stern 
Clearance above deck: 0m and outboard extension: 0m
Safe working load at max. reach: 0tons
Crane
Position: 
Clearance above deck: 0m and outboard extension: 0m
Safe working load at max. reach: 0tons
Other winches for instruments or sampling: 
Electronic data processing equipment permanently available on board
Computer: IBM 486

Saturday, May 30, 2009

Kajian tahun akhir

Dua hari lepas aku menggeledah stor kat bilik atas rumah sewa aku. Nak cari beberapa buah buku yang aku simpam dalam kotak semasa pindah dari Terengganu tahun lepas. Terjumpalah buku projek tahun akhir aku masa kat UPM Terengganu dulu. 

Projek aku tu dibuat pada tahun 2006/2007. Tajuk projek ialah 'Komposisi Nutrien, Ferum dan Mangan Dalam Air Liang Sedimen Paya Bakau Primer, Kuala Kemaman, Terengganu'. Projek tahun akhir tu diselia oleh dua orang pensyarah yang masih lagi bertugas di kampus tempat aku belajar dulu yang sekarang ni dah jadi Universiti Malaysia Terengganu. Kepada Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Bin Abdul Rashid dan Prof. Dr. Noor Azhar Bin Mohd Shazili, terima kasih kerana menjadi penyelia pertama dan kedua kepada projek ini.

Objektif kajian ini ialah untuk:

* menentukan komposisi nutrien dalam air liang sedimen paya bakau.

* menentukan komposisi logam ferum dan mangan dalam air liang sedimen paya bakau.

* membuat perbandingan komposisi di antara stesen dan masa penyampelan terhadap elemen yang dikaji.

Sebenarnya, sampel untuk projek ini aku ambil dari kawasan paya bakau Pulau Sekepeng, di Hutan Simpan Kuala Kemaman, berhadapan dengan pekan Chukai di Kemaman, Terengganu. Selalunya aku pergi ambil sampel dengan penyelia pertama dan beberapa orang lagi. Kami selalunya akan singgah di hotel muslim (kata penyelia pertama aku) yang rupa-rupanya masjid Kuala Kemaman sebelum kami masuk ke hutan paya bakau tersebut. Masjid ini juga menjadi tempat kami membersihkan diri sebelum kami bertolak balik ke UPM Terengganu yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan.

Berbalik kepada kisah tentang projek tahun akhir aku, aku hanya dapat masuk ke kawasan paya bakau tersebut ketika air surut kerana aku perlu mendapatkan sedimen paya bakau terutamanya di kawasan alur. Aku selalunya akan mendapatkan sedimen tersebut dari tiga lokasi iaitu di kawasan hilir alur (kawasan bakau hadapan), kawasan tengah alur dan di kawasan hulu alur (kawasan bakau belakang). Dengan menggunakan paip PVC dan penukul kayu, aku mendapatkan sedimen-sedimen tersebut bagi membolehkan aku mendapatkan air liang (pore water) yang terdapat di dalamnya. Enam sampel diambil dari setiap kawasan penyampelan dengan setiap sampel berukuran 30 sm panjang (diambil dari permukaan sedimen). Paip-paip PVC kemudiannya ditutup dan dimasukkan ke dalam bekas berisi ais sebelum dibawa ke makmal untuk kerja-kerja penganalisaan.

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus menjalankan penyampelan, penganalisaan dan penulisan laporan projek, penyelia pertama telah memperakukan laporan projek tersebut telah mengikut format Panduan PSF 499 (Projek dan Seminar) dan PSF 399 (Projek Tahun Akhir), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Kolej (Universiti Putra Malaysia) Terengganu, 1996 bertarikh 4 April 1997. Kelulusan ini membolehkan aku memperolehi ijazah Bacelor Sains (Sains Samudera) kerana projek tahun akhir adalah prasyarat untuk lulus pengajian dan diperuntukkan sebanyak 6 kredit masa pengajian.

Laporan ini boleh diperolehi untuk rujukan dari perpustakaan Universiti Malaysia Terengganu dengan rujukan berikut:

Hashimi, I. 1997. Komposisi nutrien, ferum dan mangan dalam air liang sedimen paya bakau primer, Kuala Kemaman, Terengganu. Laporan Projek, Bacelor Sains (Sains Samudera), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Kolej (Universiti Putra Malaysia) Terengganu. 54 ms.

Sunday, May 24, 2009

Teringat masa lalu....

Salam sejahtera,

Entah kenapa, dalam beberapa ketika ini, aku teringatkan kawan-kawan aku masa belajar kat UPM dulu, terutamanya yang ambil pengajian Sains Samudera.

Mungkin aku terbawa-bawa dengan usaha aku sekarang yang mencari maklumat yang ada kaitan dengan sains samudera terutama berkaitan Pulau Redang. Aku perlu membawa rakan-rakan setugas dari Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk satu kursus pembangunan profesionalisme. Disebabkan itu, asalkan ada waktu terluang, aku akan cari maklumat berkaitan.

Alang-alang cari mari maklumat tu, aku turut dapatkan bahan-bahan berkaitan ekosistem marin yang boleh aku gunakan untuk hasilkan kurikulum sejajar dengan tugas aku di sini. Maklumat-maklumat itu boleh juga aku gunakan untuk jalankan kem-kem kesedaran alam sekitar yang selalu aku buat bersama-sama Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau dengan Jabatan Alam Sekitar.

Sesungguhnya kenangan semasa aku belajar di UPM Serdang dan UPM Terengganu banyak mematangkan aku dan menambahkan kesedaran kepada aku bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa, menciptakan habitat dan ekosistem yang terlalu tinggi nilainya. Sesungguhnya aku bertekad untuk terus menggunakan ilmu yang aku pelajari semasa di UPM dulu untuk kebaikan sejagat, walaupun ketika ini aku hanyalah pembina kurikulum, tetapi aku tahu, ada ruang di sini untuk aku sebarkan ilmu berkaitan sains samudera itu kepada generasi baru.

Kepada rakan-rakan aku, kalau terbaca nukilan ini, sudi-sudilah kirimkan berita. Kepada Allahyarham Masmuliadi Nodo, al-Fatihah ditujukan khas untukmu, semoga rohmu dicucuri rahmat. Kepada rakan-rakan di UMT, UPM dan UMS yang dah jadi doktor falsafah atau yang akan mendapatnya dalam waktu terdekat, insyaAllah aku akan menyusul, cuma bila, hanya Allah yang tahu....Amin.