Sunday, May 24, 2009

Teringat masa lalu....

Salam sejahtera,

Entah kenapa, dalam beberapa ketika ini, aku teringatkan kawan-kawan aku masa belajar kat UPM dulu, terutamanya yang ambil pengajian Sains Samudera.

Mungkin aku terbawa-bawa dengan usaha aku sekarang yang mencari maklumat yang ada kaitan dengan sains samudera terutama berkaitan Pulau Redang. Aku perlu membawa rakan-rakan setugas dari Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk satu kursus pembangunan profesionalisme. Disebabkan itu, asalkan ada waktu terluang, aku akan cari maklumat berkaitan.

Alang-alang cari mari maklumat tu, aku turut dapatkan bahan-bahan berkaitan ekosistem marin yang boleh aku gunakan untuk hasilkan kurikulum sejajar dengan tugas aku di sini. Maklumat-maklumat itu boleh juga aku gunakan untuk jalankan kem-kem kesedaran alam sekitar yang selalu aku buat bersama-sama Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau dengan Jabatan Alam Sekitar.

Sesungguhnya kenangan semasa aku belajar di UPM Serdang dan UPM Terengganu banyak mematangkan aku dan menambahkan kesedaran kepada aku bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa, menciptakan habitat dan ekosistem yang terlalu tinggi nilainya. Sesungguhnya aku bertekad untuk terus menggunakan ilmu yang aku pelajari semasa di UPM dulu untuk kebaikan sejagat, walaupun ketika ini aku hanyalah pembina kurikulum, tetapi aku tahu, ada ruang di sini untuk aku sebarkan ilmu berkaitan sains samudera itu kepada generasi baru.

Kepada rakan-rakan aku, kalau terbaca nukilan ini, sudi-sudilah kirimkan berita. Kepada Allahyarham Masmuliadi Nodo, al-Fatihah ditujukan khas untukmu, semoga rohmu dicucuri rahmat. Kepada rakan-rakan di UMT, UPM dan UMS yang dah jadi doktor falsafah atau yang akan mendapatnya dalam waktu terdekat, insyaAllah aku akan menyusul, cuma bila, hanya Allah yang tahu....Amin.

No comments:

Post a Comment